Perhimpunan mansuhkan ISA

Oleh Lim Hong Siang

Media cetak bahasa Cina utama menyiarkan gambar bagaimana polis menyuraikan perhimpunan “Mansuhkan ISA” dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan meriam air berasid.  Ramai penulis dan penganalisa duduk di atas pagar, sementara menonjolkan “kekerasan yang keterlaluan dari pihak polis”, juga dicadangkan agar orang ramai menyuarakan pandangan mengikut “saluran yang bersesuaian”.

Namun demikian, pada hari keesokan selepas perhimpunan dianjurkan, sesetengah akhbar Cina cuba menonjolkan rungutan daripada peniaga, bahawa mereka menanggung kerugian yang besar lantaran perhimpunan tersebut.

Semua akhbar Cina utama memaparkan gambar perhimpunan besar di depan akhbar pada 2 Ogos, bertajukkan “perhimpunan puluhan ribu orang, 438 (atau 589) ditangkap”.  Gambar pertempuran antara FRU dengan peserta perhimpunan, gas pemedih mata yang berkepul-kepul, semburan meriam air berasid dan orang lari berkeliaran juga dipaparkan.

Laporan agak lengkap dengan kronologi kejadian pada 1 Ogos.  Keadaan di beberapa lokasi utama, SOGO, Masjid Negara, Stesen LRT Masjid Jamek dilaporkan.  Kejadian seperti peguam dari Pusat Bantuan Guaman ditangkap dan dibebaskan, malah wartawan yang juga terperangkap dalam gas pemedih mata dan air meriam berasid, juga mendapat ruang di dada hampir semua akhbar.

Juga, hujah dari beberapa pemimpin utama, seperti Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mendakwa perhimpunan adalah muslihat politik pembangkang, Menteri Jabatan Perdana Menteri Mohd. Nazri Aziz yang mendakwa tidak akan mansuhkan ISA, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang “tidak tunduk kepada tekanan”, mendapat liputan dalam semua akhbar bahasa Cina.

Liputan yang diberikan kepada hujah pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin Gerakan Mansuhkan ISA ternyata lebih kecil, jika dibandingkan dengan pemimpin BN dan pihak polis.  Tiada perbezaan yang ketara antara akhbar dalam perkara itu.  Justeru itu, tumpuan kini beralih kepada analisa atau artikel kolum yang disiarkan di akhbar masing-masing.

(Untuk membaca seterusnya, sila ke Kaleidoskop*)

*Kaleidoskop adalah “digest” kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 2 dan 3 Ogos, berkisar pada kejadian perhimpunan Mansuhkan ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009.

Comments
One Response to “Perhimpunan mansuhkan ISA”
  1. WHEN THERE IS SELECTION IN PERCEPTION

    When there’s selective perception
    There’ll be selective persecution
    Leading to selective prosecution
    Resulting in political prostitution

    (C) Samuel Goh Kim Eng – 040809
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Tue. 4th Aug. 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: