Lagi-lagi propaganda JMD…

Oleh Eyes Wide Open

Blogger Jebat Must Die ni memang celik propaganda. Malangnya, dia bukan menggunakan kepandaiannya untuk membongkar kebenaran di sebalik propaganda. Sebaliknya dia menggunakan propaganda untuk meneruskan penipuan oleh mereka-mereka yang ingin terus mengekalkan kuasa.

Dia sebagai penyokong kuat UMNO ingin membela nasib Melayu di bumi Malaysia. Itu saya faham. Niatnya dasarnya baik. Dia juga percaya kekuatan politik Melayu mesti dikekalkan malah dikembangkan di bawah kawalan UMNO. Kepercayaan politiknya ini pun saya tidak pertikaikan sebab itulah haknya untuk mempercayai apa-apa sahaja. Itu kebebasan namanya.

Apa yang saya tak tahan ialah cara yang digunakannya untuk mencapai matlamatnya ini. Dia ni gunakan kebiksanaan yang dianugerahkan Tuhan ini bukannya untuk memperbaiki apa yang rosak dalam UMNO. Tapi JMD ni sanggup teruskan penyebaran fitnah dan bohong pihak-pihak tertentu untuk meruntuhkan lawan politik dan mengekalkan kuasa pihak-pihak ini.

Contoh terbarunya ialah bagaimana JMD memutarbelitkan isu surat misteri yang muncul dalam kes Teoh Beng Hock dalam blognya. Rencananya memang panjang ceritanya. Saya tidak mahu mengulas kesemuanya. Akan tetapi ada lima perkara yang saya lihat adalah propaganda semata-mata – ada dua yang berbentuk fitnah buta-buta, dua cubaan untuk mengaburkan kebenaran, dan satu yang cuba mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar.

Mari kita lihat cara JMD membentangkan hujah-hujahnya – cukup hipokrit dan berbau fitnah.

—————

JMD Fitnah – No. 1: “…the propaganda of the racist DAP had far too easily trying to divert attention by accusing the MACC as a mass murdering government machinery.”

JMD menuduh DAP yang mereka menggambarkan MACC sebagai jentera pembunuhan ramai-ramai kerajaan. Tuduhan seperti ini memang akan menaikkan kemarahan orang terhapdap “kebiadapan” DAP ini! Tapi, mari kita bertenang dan fikir…mana buktinya? Takkanlah JMD tak boleh buktikan tuduhan besar ini dengan sedikit petikan ucapan? Langsung tak ada, ke! Haaa…kalau buat tuduhan tanpa bukti – apa namanya? Ataupun buktinya mungkin memang tak wujud. Maksudnya tuduhan ini palsu lah, kan? Tuduhan jenis itu pula apa namanya? Fitnah, kan?

Wajarkah JMD memfitnah DAP begini? Walau apapun permusuhan politik antara UMNO dengan DAP, lawanlah dengan prinsip dan bersih – bukan dengan fitnah-memfitnah! Yang melampau lagi tu, JMD mempertanggungjawabkan DAP sepenuhnya untuk fitnah yang diciptanya sendiri. Adakah patut?

JMD juga menuduh DAP cuba mengalih perhatian dari penyiasatan MACC terhadap YB-YBnya. Yang sebenarnya, MACC belum ada sebarang bukti rasuah DAP lagi. Masih dalam siasatan, belum tentu lagi ada kes terjadi – jadi nak alih perhatian dari apa?

Tapi rasuah beramai-ramai dalam UMNO tu, kenapa JMD tak bising pula? Lemah lembut saja dalam isu rasuah terbuka UMNO ni… Tak ada pun sebarang tuduhan terhadap UMNO seperti diperlakukannya pada DAP? Kenapa ada perbezaan besar dalam standard penilaian DAP dengan UMNO? Kalau JMD betul-betul berprinsip, sepatutnya beliau menilai semua isu dengan sama rata, kan? Kalau tidak, apa namanya?

Hipokrit lerr…


JMD Fitnah – No. 2. “…assertions that all government officers in all government institutions are no more than a bunch of murdering hooligans on a killing spree…”

Di sini, JMD besarkan lagi cerita fitnahnya dengan mengatakan ada pihak yang menuduh semua kakitangan kerajaan di dalam semua badan kerajaan sebagai samseng kaki bunuh sedang mengamok. Ingin saya bertanya sekali lagi – siapa “mereka” ini? Pihak-pihak yang tidak dikenalpasti ini difitnah dahsyat macam-macam sehinga memberi gambaran yang seluruh dunia bukan Melayu sedang berfikiran macam ini. Tapi mana buktinya? Siapa yang cakap? Di mana? Bila? Bagilah petikan ucapan sikit! Kalau menuduh yang bukan-bukan tanpa bukti langsung – apa namanya? Fitnah, kan? Bukan fitnah biasa sahaja, ini fitnah yang jenis terhina dan penakut – baling batu sorok tangan!


JMD Cuba Kaburkan Kebenaran – No 1: Dalam surat misteri itu, dikatakan Timbalam Pengarah tidak mengetuk kad keluar/masuk semasa meninggalkan pejabat MACC pada pukul 6.10 pagi, menunjukkan kelakuan yang mengesyakkan.

JMD Cuba Kaburkan Kebenaran – No 2: Dalam surat misteri itu juga, dikatakan TP telah mengarahkan pegawai-pegawainya membersihkan tingkap di mana TBH jatuh.

Sebenarnya, saya kurang yakin dengan surat ini sebab belum tentu lagi kesahihannya dan tiada nama penulisnya jadi tidak boleh dikesahkan. Jadi saya sebagai pihak neutral ingin melihat hasil siasatan lanjut. Harap-harap, keputusan siasatan itu tidak akan memperbodohkan rakyat la.

Tapi JMD pula amat gembira dengan kemunculan surat ini: “I love it when this letter appeared. Thank God it did.” Kenapa? Kerana alang-alang ia membuktikan yang MACC adalah bersih, amanah dan bebas. JMD juga menganggap surat ini telah menerangkan beberapa perkara: “…it had actually cleared up a few things with regards to the current inquest on the death of Teoh Beng Hock.”

Surat ni sebenarnya mengatakan yang TP MACC mungkin terlibat dalam kematian TBH dan meminta siasatan lanjut berdasarkan beberapa perkara. Tetapi, JMD pula mengulas isu TP MACC tidak mengetuk masa keluarnya seolah-olah ia membuktikan beliau tidak terlibat langsung dalam kematian TBH. Kemudian dia cuba “membuktikan” bahawa isu TP mengarahkan tingkap dilap bersih daripada cap jari itu sebenarnya tidak berlaku sebab perbuatan itu langsung tak masuk akal. JMD ini dengan tidak langsung sedang menuduh penulis surat ini sebagai penipulah, kan?

Nampak tak kesongsangan JMD di sini?

Terdahulu, JMD kata kemunculan surat misteri ini bagus sebab membuktikan kebaikan MACC dan menerangkan beberapa isu berkeraguan. Lepas tu, JMD menuduh penulis misteri ini sedang menyebar maklumat palsu pula dan menimbulkan berbagai “keraguan”. Pelik…sangat pelik.

Tapi kita faham-fahamlah. Tak payah cuba nak cari pemikiran yang waras dalam hujahnya. Tujuannya bukan untuk membentangkan hujah waras, tapi sekadar menyebar propaganda semata-mata. Jadi, baik kita buka minda, buka mata dan baca dengan teliti sebelum mempercayai tulisan-tulisan JMD ini. Dari kita ditangkap oleh bohong-bohongnya, baik kita yang menangkap.

Helah JMD cuba mengalih perhatian pembaca: Surat misteri ini membongkarkan kemungkinan rasuah TP dan konspirasi politiknya dengan Khir Toyo sebagai motivasi untuk perbuatan-perbuatan TP yang mungkin telah membawa kepada kematian TBH.

Tetapi, sekali lagi JMD telah menidakkan maksud surat yang diwar-warkannya sebagai bukti ketulusan dan penjelasan dari pegawai-pegawai ikhlas MACC.

JMD langsung tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan rasuah dan konspirasi antara kedua-dua orang kuat UMNO yang disebutkan (iaitu TP MACC dan Khir Toyo). Sebaliknya, JMD telah menyindir penulis surat ini sebagai tidak memberi sebarang maklumat tentang kematian TBH tetapi hanya menuduh-nuduh Khir Toyo sahaja: “…something unrelated to how Teoh had died but instead began to accuse Khir Toyo and his corruption…”

Ini cubaan JMD untuk sengaja mengalihkan perhatian pembaca supaya hanya fokus kepada satu faktor yang diberi terjemahan JMD sendiri sahaja, supaya pembaca melupakan faktor-faktor lain yang boleh memberikan gambaran isu yang lebih besar.

—————

Jadi kita boleh lihat macam mana JMD membesar-besarkan perkara remeh sehingga ia menjadi fitnah besar, memutarbelitkan hal-hal sehingga apa yang nyata menjadi kabur dan sengaja menimbulkan salah sangka supaya mengalihkan perhatian rakyat.

Kenapa sanggup pergi sejauh ini? Kalau nak kekalkan keagungan politik Melayu pun buatlah dengan cara yang baik – kempenlah untuk melantik mereka yang kuat minda, akhlak baik dan berbakat dan pecatlah mereka yang boros, rasuah, dan tak berkemampuan. Kenapa JMD nak capai niat murninya itu dengan cara menyebar bohong dan propaganda?

Apa yang dia buat ni semua demi menguatkan kuasa Melayu di Malaysia konon. Ingin saya bertanya: kuatkah rakyat Melayu jika individu-individu yang dijadikan tokoh politik itu pembohong, penipu, perasuah, hipokrit, kaki bodek, gila kuasa, tamak, dan sebagainya?

Sesungguhnya tidak! Tapi, mengikut cakap orang-orang jenis ini, calon kelas rendah pun kelas rendah la…asalkan UMNO boleh naik, itu paling penting. Kononnya, UMNO sahajalah yang mewakili Melayu di Malaysia ni. Mengarut! Jika peminpin-pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya yang serba kekurangan diteruskan berkuasa, mampukah mereka menaikkan taraf Melayu di Malaysia?

Apa, orang yang periksa dapat markah 50 boleh ajar satu kelas tu dapat markah 100 ke?

Takkanlah tak ada lagi Melayu berkaliber yang boleh membela nasib Melayu! Apa manafaatnya mengekalkan pemimpin-pemimpin yang bertaraf rendah dan rasuah? Ini akan melemahkan lagi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara!

Sebenarnya dalam UMNO sendiri, ramai lagi tokoh Melayu yang jauh lebih berkelayakan dari segi akhlak, bakat dan kemampuan. Kenapa UMNO tak nak beri peluang pada tokoh-tokoh Melayu ini – seperti Zaid Ibrahim dan Ku Li? Sebaliknya mereka diketepikan.

Pada pendapat saya, JMD ni bukannya jahat sangat. Dari tulisannya, boleh kita lihat ada juga hujah yang bernas. Saya rasa niatnya murni. Cuma dia ni macam terbawa-bawa dalam propaganda mereka yang ingin mengekalkan kuasa sendiri. Hinggakan JMD ini pun jadi sanggup menggadaikan prinsip-prinsipnya dan menjadi pak turut saja bagi mereka yang ada agenda sendiri.

Harap-harap JMD ni akan insaf dan kembali memperjuangkan prinsipnya berdasarkan kerajaan bersih, cekap dan amanah dan bukan hanya memperjuangkan pengekalan kuasa mereka yang tidak layak berkuasa lagi.

(Kesemua kandungan rencana ini adalah pandangan saya semata-mata)

About these ads
Comments
4 Responses to “Lagi-lagi propaganda JMD…”
  1. Parameswara says:

    Parpukari must read this article.
    He will reply with his usual ‘fine language’, even though it is the month of Ramadan.

    Rocky will not take note of this piece either.
    He has already satisfied his ‘towkays’ with the earlier story on this case and will not link this to his original story..as it does not support ‘his drift’.

  2. wajib says:

    UMNO is UMNGOK..eversice

  3. mohdhalim says:

    JMD tu tak malu. buat fitnah bukan bukan. fikir dunia, fikirlah akhirat.

Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. [...] Lagi-lagi propaganda JMD… Oleh Eyes Wide Open Blogger Jebat Must Die ni memang celik propaganda. Malangnya, dia bukan menggunakan kepandaiannya [...] [...]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: