HIP TV DI TV9 – MANA DIA KONSEP 1 MALAYSIA?
(Rencana ini dipaparkan dalam blog Margeemar pada September 02, 2009. Ia merupakan sebuah analysis yang bernas tentang kualiti dan kecenderungan media tempatan kita, walau dalam hal-hal hiburan dan bukan politik.)
HIP TV DI TV9 – MANA DIA KONSEP 1 MALAYSIA?
Oleh Muhd Majid
Mana dia konsep 1Malaysia yang sering dilaung-laungkan bersama oleh kakitangan media-media tv – baik pengacara, hos-hos rancangan, artis-artis yang mengambil peranan dalam pelbagai rancangan, program dan bual bicara (talk show) serta slot-slot berupa iklan ataupun promosi. Mereka sentiasa tidak lupa melafazkan “SALAM SATU MALAYSIA” menggantikan ucapan biasa kpd penonton baik pada pembukaan mahupun di akhir rancangan.
Bila melihat program HipTV (di TV9) semalam (Isnin-31 Ogos 2009), dilihat hanya senarai artis-artis Melayu sahaja yang dipaparkan sebagai warga Malaysia yang boleh dibanggakan dalam menaikkan dan mengharumkan nama Malaysia. Kenapa hanya warga Malaysia dari keturunan Melayu sahaja? Tidakkah konsep SATU MALAYSIA harus di utamakan, diamalkan, diadaptasikan, di aplikasikan, di implimentasikan?
Kenapa personaliti unggul seperti Dato Michelle Yeoh tidak diambil kira sama dalam senarai artis-artis atau personaliti yang cemerlang di peringkat antarabangsa?
(Sambung membaca rencana ini di sini)