Awang Selamat – Penggalak Terorisme Di Malaysia

oleh  Eyes Wide Open

Setelah berhari menantikan jawaban dari semboyan UMNO iaitu Utusan Malaysia, akhirnya En Awang Selamat muncul memberi kata duanya mengenai serangan ganas ke atas beberapa gereja di negara tercinta kita ini.

Akan tetapi ia jelas sekali yang pihak Utusan langsung tidak prihatin kepada mangsa-mangsa serangan yang kian meningkat saban hari.

Dalam rencananya hari ini, beliau menulis:

“…ada pihak lain yang cuba menangguk di air keruh – menjadi dalang – yang kemungkinan itu tidak boleh ditolak mentah-mentah. Motifnya adalah untuk memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam.”

Ingin saya tanya, siapa yang dimaksudkannya sebagai “pihak lain” yang motifnya untuk “memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam”? Takkanlah dia menuduh penganut Islam sedemikian?

Masya’allah! Setelah menyiar artikel-artikel menghasut bertubi-tubi sehingga betul-betul tercetus serangan terorisme ke atas rakyat Malaysia sendiri, tak henti-henti lagi dengan hasutannya? Ke mana hilang keinsafannya?

Ini betul-betul bak sudah jatuh ditimpa tangga. Yang lebih menyakitkan ialah pihak yang jatuh itu ditolak oleh pengganas pengecut atas motosikal dan tangga itu dilempar oleh penulis rencana suratkhabar milik parti berkuasa mutlak negara ini.

Demi meneruskan hasutannya,  Awang tidak sama sekali peduli yang dia terang-terang menyebarkan kata-kata bohong seperti berikut:

“Lihatlah punca sebenar. Kenapa sekarang kalimah Allah hendak digunakan di Semenanjung Malaysia?”

Bohong, bohong, bohong!

Mana ada tuntutan mana-mana pihak untuk menggunakan *kalimah* Allah di Semenanjung? Semua orang (Muslim dan bukan Muslim) memahami yang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Nabinya” adalah tunggak agama Islam. Mustahil yang pihak Kristian ingin menggunanya kerana fahaman asas kedua-dua agama amat berbeza sekali.

Kontroversi tercetus apabila kerajaan tiba-tiba melarang the Herald menggunakan *NAMA* “Allah” dalam suratkhabar edisi BMnya (yang sudah lama diterbit dengan permit rasmi kerajaan) yang dibaca oleh penganut Katolik di SABAH & SARAWAK sahaja yang tidak berbahasa Inggeris!

Mesti difahami bahawa penganut Katolik di Malaysia Timur menggunakan *NAMA* “Allah” (dan bukan kalimah) kerana mereka membaca Kitab terjemahan Bahasa Indonesia yang diterbitkan di Indonesia. Kitab ini menggunakan nama “Allah”. Keadaan ini telah berlangsung untk beratus tahun sebelum Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung untuk membentuk negara Malaysia. Pindaan Perlembagaan Malaysia pada masa itu jelas mempertahankan hak-hak Bumiputra di Malaysia Timur, termasuk yang bukan Islam.

Jadi, tindakan kerajaan UMNO mengharamkan penggunaan *NAMA* “Allah” oleh penganut Kristian di Malaysia Timur jelas memijak-mijak hak agama Bumiputra Malaysia Timur yang sudah lama termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia! Jadi demi menuntut keadilan untuk pengikutnya, meminta kerajaan menghormati undang-undang Perlembagaan, dan menegakkan hak Bumiputra Malaysia Timur, gereja Katolik telah membuat rayuan kepada mahkamah.

Kenapa UMNO yang tak henti-henti melaungkan terhakisnya hak asasi Bumiputra sebaliknya kini menghakis hak asasi Bumiputra Malaysia Timur?

Hipokrit yang amat keji!

Akan tetapi, isu  yang sebenar ini telah lama dikuburkan oleh UMNO dan akhbar penghasutnya Utusan. Ditanamnya benih benci dan syak wasangka antara rakyat Malaysia dengan fitnah yang sudah disebar luas bahawa penganut Kristian di Malaysia giat menerbitkan Kitab Bahasa Melayu dan merompak kalimah Allah untuk memurtadkan penganut Islam Melayu!

Sehinggalah hasutannya ini telah dibuahkan dengan serangan terorisme ke atas diri dan harta pihak Kristian di Malaysia.

Akan tetapi, setelah fitnah demi fitnah disebarkan, bohong demi bohong diwujudkan, hasutan demi hasutan diterbitkan, dan serangan demi serangan dilaporkan, sanggup Awang Selamat ini masih giat menghasut orang Islam di negara ini supaya lebih membenci yang bukan Islam/Melayu. Hasutan demi hasutannya ini amat mendadak, walau setelah hasutannya sudah berbuah.

Adakah dia menganggap yang buahnya tak cukup lebat. Buah berwarna kuning jingga seperti api menjilat rumah ibadat tidak cukup memuaskan?

Inginkah dia melihat buah merah darah mengalir?

Ini betul-betul sudah jatuh ditimpa tangga. Yang lebih menyakitkan ialah pihak yang jatuh itu ditolak oleh pengganas atas motosikal dan tangga itu dilempar oleh penulis rencana suratkhabar milik parti berkuasa mutlak negara ini.

Comments
11 Responses to “Awang Selamat – Penggalak Terorisme Di Malaysia”
  1. Siebel says:

    Many Thanks for your article.

    Let’s hope that these wrong doers take up your advice and learn from so many peace-loving people in Malaysia such as Haris Ibrahim, individuals who made up Eyes Wide Open, Marina Mahathir, Art Harun, Dr. Rafick, Dr Azly Rahman, RPK, plus many more whose articles I have read now and again.

    I hope there will peace and harmony in this sunny and beautiful country.

    Siebel

  2. 1malysian says:

    ada gambar itu terrorist Awang Selamat…kalau nampak dia nak meludah di muka dia….

  3. robert66 says:

    Bro 1malysian, jangan ludah muka dia.All the while dia dah ludah muka dia sendiri.Apa yang Awang Selamat tahu pasal ALLAH pun??The most dia ingat ALLAH tu yang dia gantung kat rumah dia dalam frame yang cantik.Itu aje level fahaman dia tentan ISLAM dan ALLAH.Dia keluar rumah dia sembah ayat yg tertulis ALLAH yg tergantung di dinding dua tiga kali pas tu proceed untuk buat kerja tulis articles.Sebab tu dia tak da wisdom dalam tulisannya seperti “Yaasin, Wal Qura nil hakim” Al-Quran itu penuh hikmah dan Awang Selamat macam sampah.

  4. xthamn says:

    there are few more guys …….. the mother of all racist Dr M and of coz including his brain dead son, and the mother of all runing dog for Umno Riduan Tee, and the mother of all lie Khir toyo, and the mother of all kerismuddin, and the mother of all C4 Najip

  5. ajc says:

    The saddest thigh one could do is, doing something in the name of God but in real is actually doing for his/their own cause.

  6. Motak says:

    ((“…ada pihak lain yang cuba menangguk di air keruh – menjadi dalang – yang kemungkinan itu tidak boleh ditolak mentah-mentah. Motifnya adalah untuk memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam.”

    Ingin saya tanya, siapa yang dimaksudkannya sebagai “pihak lain” yang motifnya untuk “memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam”? Takkanlah dia menuduh penganut Islam sedemikian?))

    Dia bukan menuduh penganut islam…dia menuduh agen2 pembangkang mcm pembangkang tuduh kerajaan…dan saya percaya ia perbuatan pembangkang…Looks really who benefit from this incident

    Why you denying that there is a conspirator there?
    hak menjadi konspirator bukan hak mutlak BN UMNO…ia juga boleh dilakukan oleh DAP PKR yang mgkin dibantu agen singapore… Peoples are not stupid to think about hidden act behind act

    stop accusing!

    • shar101 says:

      Motak,

      Sila baca –

      http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id=467496

      Secara kasar ataupun halus, matlamat nya hanya satu sahaja.

      Menghapuskan kuputusan mahkamah tinggi yang di buat pada 31hb Disember.

      Jelas siapa akan ‘benefit’ kan?

      Awang Selamat dan kuncu2 nya masih mengabaikan tanggung jawab mereka sebagai media massa yang berwibawa sahingga kini dengan mengapi2kan keadaan.

      Macam ko jua bila membabitkan Singapura!

    • Who benefits?

      Look at the facebook group “MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH GOLONGAN BUKAN MUSLIM” yang didalangi orang-orang kuat UMNO.

      Kesemua keahlian facebook group pro-pembangkang dicampur sekali pun tak sampai keahlian satu group ini?

      Again…who benefit?

  7. Collla says:

    This whole things is confusing… in the web people blaming gov…
    and the gov image already at lowest level…why they do such things if they realy do it it was a suicidal move foolish enuf coz they gain nothing…..

    But the one i can see is really benefit from this whole things is Pakatan rakyat…but they are the rakyat champion … how can they do that…

    neither both can be trusted…we need a third force…we dont want Democrat/Republican scenario here

    Clarence Bongkos Malakun sided with gov…is he a retarded christian damned 2 hell? maybe after this some ppl will call him Clarence Bongkos Malaun coz his stance not sided with pakatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: